Fuyyoohhhhhh....min tak sangka kat Kampar pun ada makmal mini proses dadah ni...
Min ucap tahniahlah pada abam2 polis kerana bersungguh2 hapuskan najis dadah ni...kalau tak hapuskan rosak anak bangsa kita...
Ni min kongsi kes terbaru, JSJN Bukit Aman dan IPK Perak berjaya lumpuhkan makmal mini proses dadah dan stor penyimpanan dadah di Kampar...
Polis dalam serbuan Selasa dan semalam berjaya rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM35juta dan tahan empat ahli sindiket itu...
Rampasan dibuat di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gopeng dan sebuah pangsapuri di Taman Kolej Perdana, Kampar....
Dah sebulan sindiket ni beroperasi dan jumlah dadah dirampas dibekalkan pasaran tempatan dan antarabangsa membabitkan jumlah penagih yang boleh guna adalah 3.5 juta orang.....
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, statistik rampasan syabu di seluruh negara tahun ini adalah sebanyak 3.8 juta tan iaitu catatan terbesar direkodkan sejak JSJN ditubuhkan dan jumlah itu melebihi jumlah rampasan untuk empat tahun sebelumnya.
Nah min belanja pix, kome tengoklah sendiri banyak mana dadah tu....
#labunteman
#rampasandadah
#tahniahabampolis



No comments:
Post a Comment